Kedai cenderahati perkahwinan terbaru Inani Craft!

Perhatian kepada pelanggan Inani Craft yang dikasihi sekalian. Kami kini mempunyai lot kedai yang baru!

Ahhaa... di mana ye? Tak jauh pon. Betul-betul di sebelah kedai Inani Craft SACC Mall kami yg sedia ada. Lebih kurang 3 meter je jaraknya. hehe :)

Ini dia kedai kami yg kedua. Jadi, kami panggil lah ia kedai Inani Craft 'nombor 2'.


Apa tujuan kedai Inani Craft kedua ni?

Ok, kepada sesiapa yang belum kenal Inani Craft, kami adalah pengeluar/pembekal cenderahati perkahwinan moden seramik hydrostone PERTAMA di Malaysia. Kami sudah berkecimpung selama 14 tahun sejak tahun 1996.

Inani Craft adalah 100% milik bumiputera (Puan Ina dan famili) dan 100% buatan Malaysia.

Semua produk adalah buatan syarikat kami sendiri, Inani Craft & Design.(For more info, check FAQ di atas)

Kedai utama kami, kami jual semua produk seramik hydrostone kami dan juga produk glass painting.

Tujuan kami membuka kedai Inani Craft 'nombor dua' ini adalah utk menjual produk-produk yg diambil dari tempat lain iaitu BUKAN buatan Inani Craft! Diulangi ye, semua produk di kedai 'nombor dua' bukan buatan Inani Craft. Jadi, ada produk yg buatan Malaysia dan ada juga yg bukan buatan Malaysia.

Dengan adanya kedai Inani yg kedua ini, pelanggan bolehlah melihat produk-produk cenderahati perkahwinan terkini (2009) di pasaran dan membuat pilihan sewajarnya (mestilah beli barangan buatan Malaysia, kan?). Produk-produk yg kami jual di sini pun mmg sama terdapat di kedai-kedai lain.

At least, bila anda dtg ke Inani Craft, bukan sahaja dpt melihat produk seramik Inani Craft, malah anda dpt juga membeli cenderahati pengantin / untuk tetamu majlis perkahwinan yang lain!

Cenderahati / cenderamata perkahwinan terkini / terbaru yg dijual termasuklah seramik porcelain, bakul rotan, lilin wangi, keychain, buku dan pensel, kipas cina, beg purse, sudu garfu riben, hiasan towel, cawan, glass candle dan macam-macam lagi!

Koleksi cenderahati perkahwinan yang terdapat di kedai kedua ini adalah seperti berikut:

 

 
 
 
 
 
 
 
 

 
Jadi, apa tunggu lagi, jom lah ke kedai Inani Craft di SACC Mall, Tingkat 2, Shah Alam.

- Pembekal segala jenis cenderahati perkahwinan moden -
Hanya di Inani Craft


Dr Amir
Site Admin & IT consultant

No comments:

Post a Comment

Tanya kami disini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers